Langkah-langkah mengatasi masalah penyalahgunaan internet
Hari ini, internet merupakan salah satu media yang paling utama dan paling penting. Internet boleh dikatakan menjadi sumber rujukan utama bagi sesetengah pihak untuk mengetahui tentang isu-isu semasa tempatan dan juga luar negara. Tidak dinafikan juga bahawa internet merupakan salah satu media hiburan utama bagi remaja-remaja dan juga golongan dewasa. Namun begitu, terdapat juga segelintir pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan internet ini. Kemudahan internet telah disalahgunakan dengan dijadikan media atau sumber untuk melawat ke laman web pornografi dan juga digunakan sebagai medium untuk penyebaran fitnah yang makin berleluasa.
Sebagai langkah berjaga-jaga sekaligus untuk mengelakkan masalah ini kian bermaharajalela di kalangan remaja dan kanak-kanak terutamanya, beberapa langkah mengatasi haruslah diambil dengan kadar segera. Pendekatan haruslah diambil melalui pencegahan di rumah dan juga di sekolah. Di rumah, ibu bapa haruslah memantau aktiviti internet anak-anak mereka. Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka daripada menggunakan internet amatlah tidak wajar. Namun, langkah-langkah pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini.
Selain itu, di sekolah juga pemantauan juga haruslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas , memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran pada masa ini banyak menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di dalam minda remaja-remaja bagi mengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk. Selain itu juga, mengehadkan penggunaan internet juga merupakan salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Penggunaan internet boleh dilakukan dengan mengehadkan masa penggunaan atau mengehadkan jenis laman web yang boleh dilawati. Had penggunaan ini boleh dilakukan di rumah, di sekolah, dan di pusat siber kafe.
Had penggunaan internet wajar dilakukan kepada kanak-kanak di bawah umur bagi mengelakkan kerosakan moral anak-anak remaja kita. Di samping itu juga, pengehadan penggunaan internet juga boleh membendung golongan bawah umur daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Penggunaan perisian internet yang dapat menyekat akses ke laman web yang tidak bermoral ini juga merupakan salah satu langkah yang amat efisien dalam usaha untuk mengurangkan masalah ini.
Penggunaan perisian ini sewajarnya telah diketahui umum kerana ianya merupakan salah satu jalan yang paling baik dalam mengelakkan masalah penyalahgunaan internet. Perisian ini wajar digunakan di institusi-institusi pengajian tinggi dan pejabat-pejabat besar. Perisian ini mampu menghalang akses ke laman web yang tidak bermoral ini. Sebagai kesimpulan, masalah penyalahgunaan internet ini wajar dibendung kerana ia akan merosakkan moral muda-mudi dan remaja kita. Justeru, langkah-langkah pencegahan seperti yang disebutkan di atas amatlah wajar dilaksanakan.
Betul tu Mira..kini kita dapat lihat peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja terutamanya di mana salah satu puncanya kebejatan ini berlaku adalah disebabkan oleh kemudahan internet itu sendiri. Bak kata orang ramai, semuanya hanyalah di hujung jari sahaja. Macam-macam perkara yang boleh kita perolehi daripada internet. Sebagai satu inisiatif bagi mengatasi kebejatan sosial yang berpunca daripada internet ini, pihak terbabit (seperti yang dinyatakan dalam artikel ini) wajar mengambil tindakan yang sepatutnya supaya masalah ini berkurangan di negara kita.
ReplyDeleteA141120 Mohd Noraliff Bin Zazliza
Saya bersetuju dengan langkah-langkah yang dikemukakan dalam artikel ini. Sebagai seorang pelajar, saya juga banyak menggunakan medium internet untuk tujuan pelajaran mahupun untuk tujuan bersosial. Namun harus diingatkan, setiap penggunaan internet itu perlulah berbatas dan tidak ke arah yang negatif kerana jika kita mengambil kesempatan terhadap penggunaan internet dengan melayari laman web yang tidak sepatutnya, kita bukan sahaja akan membuang masa malah merosakkan minda kita sebagai seorang manusia. Maka kita haruslah menggunakan internet dengan sebaik-baiknya seterusnya menjadi contoh kepada orang sekeliling kita.
ReplyDeleteNurul Azani Azman A140092
Salam Mira. Artikel ini sangat menarik minat saya. Seperti yang kita dengar setiap hari, kes-kes rogol bukan sahaja melibatkan orang dewasa. Namun kini, budak yang masih di sekolah rendah juga sudah terlibat. Sedikit sebanyak semestinya kecanggihan gajet-gajet terkini yang memudahkan saluran internet kepada mereka. Apabila sudah tidak terkawal, hasilnya merosakkan moral kanak-kanak ini. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan meluangkan sedikit masa untuk memantau aktiviti seharian anak-anak mereka.
ReplyDeleteNorasyima Abdul Rahim A142245
Assalammualaikum.... setiap sesuatu pasti ada baik dan buruknya. saya bersetuju bahawa, pengawasan dan had kanak-kanak melayari Internet perlu dilakukan bagi mencegah dan membendung gejala yang tidak berfaedah. Manakala, bagi remaja dan orang dewasa, mereka perlulah berfikir secara Rasional dan menggunakan Internet untuk tujuan yang baik dan bermoral. Artikel yang bagus. :)
ReplyDeleteA142237: Nabilah Bt Suhaili
Assalamualaikum. Saya bersetuju dengan saudari Amira tentang isu penyalahgunaan internet yang semakin berleluasa pada masa sekarang. Seperti yang kita lihat, penyebaran fitnah semakin berleluasa tanpa sebarang bukti yang kukuh. Penyebaran fitnah dan sebarang penyalahgunaan haruslah disekat dengan kerjasama semua pihak semua pihak termasuk ibubapa, rakan-rakan, dan badan berwajib seperti polis. Pihak polis boleh membantu dalam mengurangkan penyalahgunaan atau fitnah dengan mengeluarkan artikel tentang saman terhadap orang yang menfitnah tanpa bukti kukuh.
ReplyDeleteNoraisyah Binti Abdul Kadir Jilani. A142244
Assalamualaikum , pengunaan internet bergantung sepenuhnya kepada si penguna tersebut tetapi langkah pencegahan bagi penyalahgunaan internet juga perlu diambil . Saya sangat setuju dengan langkah yang diambil diatas, kerana kebanyakan kes jenayah yang berlaku hari ini berpunca daripada penyalahgunaan internet itu sendiri . Dunia hari ini dikenali sebagai duni tanpa sempadan iaitu dunia yang tidak ada batasan . Ini bermaksud pengunaan internet hari ini tidak terhad kepada orang dewasa , tetapi kanak - kanak juga mengunakan internet pada hari ini . Jika langkah awal tidak dibendung , maka kejadian kes jenayah akan lebih merebak luas .
ReplyDeleteA141064 : Muhammad Faizal Bin Mohamed Kassim
The Eight-Wheel Classic - TITIAN Arts
ReplyDeleteThe eight-wheel classic bicycle is available in six sizes. The Bicycle Wheel is 나비효과 a septcasino classic bicycle ford fusion titanium made https://deccasino.com/review/merit-casino/ in USA, but there jancasino.com are three variations in